Penapisan melampau Perkumuhan

Penapisan melampau berlaku dalam kapsul Bowman di permulaan nefron. Darah yang mengandungi urea dan bahan yang tidak diperlukan mengalir ke dalam buah pinggang melalui arteri renal sebelum memasuki siratan kapilari yang dikenali sebagai glomerulus di dalam kapsul Bowman. Seterusnya, darah mengalir ke dalam arteriol aferen.

Disebabkan arteriol aferen mempunyai diameter yang lebih besar berbanding arteriol eferen, darah di dalam glomerulus berada di bawah tekanan hidrostatik yang sememangnya tinggi iaitu kira-kira 60 mmHg. Tekanan yang tinggi menyebabkan komponen-komponen buangan yang saiz molekulnya kecil melalui ke dalam glomerulus.

Komponen buanganLaluanAlasan
Komponen darah (kecuali sel darah, platelet dan protein plasma)Liang-liang dinding glomerulusSaiz molekulnya yang kecil
Komponen darah iaitu sel darah, platelet dan protein plasma serta komponen lain seperti air ,buangan bernitrogen (urea, asid urik dan kretinina), glukosa, asid amino and garam mineral terutama ion natrium (Na+) dan ion kalium (K+))Kapsul BowmanSaiz molekulnya yang besar

Komponen buangan yang melalui kapsul Bowman yang telah ditapis keluar dari darah secara kolektifnya dikenali sebagai tapis glomerular.